Cadangan perdagangan ringkas untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 06/11/2020

Pasaran sedang melalui waktu sukar. Harga untuk pasangan mata wang Euro/Dolar AS dan Pound/Dolar AS mengalami perubahan mendadak hampir setiap hari, yang disebabkan oleh pilihan raya Presiden AS.

Pasaran dipengaruhi oleh latar belakang maklumat kuat yang berkaitan dengan pilihan raya presiden dalam bentuk spekulasi tempatan, bergantung pada maklumat yang akan datang.

Pilihan raya berlangsung pada 3 November, tetapi perkiraan jumlah undian masih berlangsung. Sekarang, reaksi pasaran bergantung pada jumlah undi kelihatan seperti ini:

Sekiranya Biden memenangi kerusi Presiden, harga Dolar AS akan menurun. Sebaliknya, mata wang yang sama akan naik sekiranya Trump menang.

Lonjakan spekulatif dalam rancangan di atas akan relevan di pasaran sehingga undian dikira.

Untuk analisis teknikal, kami akan menganalisis setiap instrumen perdagangan dan menetapkan ramalan.

Pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan aktiviti tinggi semalam, dengan mensasarkan ke tahap lebih tinggi. Akibatnya, ia berjaya mencapai tahap rintangan 1.1860, di mana stop loss terletak, diikuti dengan pembentukan pada julat harga 1.1795/1.1860.

Kita boleh menganggap bahawa turun naik harga pada julat 1.1795/1.1860 yang diberikan tidak akan bertahan lama dan akan ada dorongan lain yang tidak lama lagi yang akan menyebabkan penembusan harga pada sempadan tertentu.

Taktik perdagangan berdasarkan kaedah penembusan memlalui sempadan yang ditentukan.

- Adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan pembelian di atas tahap 1.1865, dengan prospek pergerakan harga ke tahap 1.1880-1.1900.

- Adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan penjualan di bawah tahap 1.1790, dengan prospek pergerakan harga ke tahap 1.1760-1.1700.

Bagi pasangan mata wang GBP/USD, terdapat pergerakan ke arah atas, yang memungkinkan harga untuk mencapai tahap rintangan 1.3150/1.3175, diikuti oleh penarikan semula dan stagnasi pada tahap 1.3110/1.3155.

Kita boleh menganggap bahawa stagnasi ini untuk pasangan mata wang ini, dan juga untuk pasangan mata wang Euro/Dolar AS sebagai fenomena tempatan dan tidak lama lagi akan ditembusi oleh harga kerana spekulasi yang tinggi di pasaran. Dalam kes ini, strategi yang paling menguntungkan adalah kaedah penembusan harga pada sempadan yang telah ditetapkan.

- Adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan pembelian di atas tahap 1.3155, dengan prospek pergerakan harga ke tahap 1.3175. Sekiranya harga mengukuh di atas tahap 1.3175, harga cenderung untuk melanjutkan kenaikkan sehingga ke tahap 1.3250.

- Adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan penjualan di bawah tahap 1.3100, dengan prospek pergerakan harga ke tahap 1.3075-1.3000.