Emas Gelombang Elliott
Semalam emas didagangkan ke arah atas seperti yang kami jangkakan,gelombang pembetulan (4)(warna pink) daripada gelombang besar 3 (warna biru) telah habis pembentukkan.Ketika sesi Asia dan Eropah kita dapat perhatikan pergerakkan menaik daripada 1,639.05 ke arah tahap 1,650.35.Oleh itu,ketika sesi New York komoditi ini telah meneruskan dagangan dengan tinggi dan harga mencecah tahap 1,653.44 dimana kami memikirkan gelombang pembetulan (4) (warna pink) berakhir.Pada ketika ini emas didagangkan sekitar tahap 1,646.88 dan kami menjangkakan untuk melihatnya rendah hari ini.Menurut kepada peraturan gelombang dan mengambil kira bahawa gelombang 5 perlu berganjak 100% daripada gelombang 1,kita boleh menentukan sasaran berpotensi dengan mengukur gelombang 1 dengan take profit 1,633.49 (100% daripada gelombang 1).Untuk mengurangkan risiko,kita boleh menggunakan pembatalan pada tahap 1,663.03 sebagai stop loss.
Sokongan dan Rintangan
(S3) 1628.6 (S2) 1634.1 (S1) 1642.9 (PP) 1648.4 (R1) 1657.2 (R2) 1662.7 (R3) 1671.5
Ramalan Perdagangan
Diteruskan daripada peraturan Gelombang Elliott hari ini,aliran dijangkakan untuk memulakan pergerakkan menurun.Inilah sebab mengapa posisi jual pada tahap 1,645.00 dengan stop loss 1,663.03 dan take profit pada 1,633.49 adalah dicadangkan.