EUR/USD: Prospek pasaran bagi pasangan mata wang EUR/USD adalah penurunan harga, dan ia akan berlarutan. EMA 11 kini berada di bawah EMA 56, dan Julat Peratusan Williams berada di kawasan oversold. Ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk harga menembusi garisan sokongan pada tahap 1.3300 untuk pergerakkan arah bawah.
USD/CHF: Seperti yang telah diramalkan sebelum ini, harga bagi pasangan mata wang ini telah menembusi pada tahap harga yang lebih tinggi dan bergerak ke arah atas. Berdasarkan pada kedudukan petunjuk sekarang, harga perlu melepasi tahap pasaran pada 0.9250 untuk pergerakkan arah atas. Selepas itu, sasaran seterusnya harus diletakkan pada tahap rintangan 0.9300.
GBP/USD: Pasangan mata wang ini telah merosot sejak beberapa minggu yang lalu, dan ia dijangkakan akan terus berlanjutan. Sehingga minggu ini, harga telah menurun sebanyak lebih daripada 270 pip. Petunjuk pada carta telah menunjukkan corak Pengesahan Penurunan harga dan oleh kerana itu, pasaran akan terus melemah.
USD/JPY: USD/JPY, Permulaan kenaikkan harga yang telah kelihatan pada awal minggu ini telah menjadi sia-sia berikutan oleh senario semasa. RSI telah bergerak di bawah tahap 50, tetapi harga masih belum lagi bergerak di bawah EMA 56. Oleh itu, tidak terdapat sebarang cadangan dagangan yang disyorkan pada masa ini sehinggalah isyarat yang lebih jelas diterima.
EUR/JPY: Pembetulan penurunan harga semasa pada pasangan mata wang ini adalah amat serius untuk menyebabkan arah aliran kenaikkan harga semasa menjadi sia-sia, terutamanya jika pembetulan kekal berlanjutan untuk beberapa hari lagi. Pada minggu ini, ia boleh dikatakan bahawa tidak ada kemenangan yang jelas di antara pembeli dan penjual. Kami ingin menunggu untuk isyarat yang lebih jelas sebelum membuka pesanan baru untuk pasangan mata wang ini.