Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 10 Disember

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Pesanan membeli dari tahap 1.2139 tidak memberikan banyak keuntungan, kerana ia telah membuat sedikit kenaikan dari kawasan ini, pasaran berhenti dan kemudian berubah sepenuhnya. Ini menunjukkan bahawa tekanan terhadap euro tetap ada, terutama menjelang mesyuarat ECB, di mana penyesuaian yang signifikan terhadap program rangsangan ekonomi dapat dilakukan. Untuk pesanan menjual dari tahap 1.2108, ia memberikan kentungan yang agak ketara sekitar 40 pip, yang sepenuhnya menutup kerugian dari urus niaga sebelumnya.

Cadangan perdagangan untuk 10 Disember

Bank Pusat Eropah akan mengadakan mesyuarat pada hari ini, di mana penyesuaian ketara terhadap program rangsangan ekonomi akan dapat dilakukan. Terdapat juga khabar angin bahawa ECB akan menggunakan campur tangan secara lisan, dan ini akan melemahkan lagi kedudukan euro di pasaran. Walau bagaimanapun, jika Christine Lagarde tidak mengumumkan hal ini dalam kenyataan beliau, maka permintaan untuk euro akan segela kembali, kerana selera risiko di pasaran cukup tinggi pada masa ini.

Pada masa yang sama, laporan mengenai inflasi Amerika Syarikat (AS) dan pasaran tenaga kerja dijadualkan akan diterbitkan, di mana sebahagian besar orang berharap bahawa jumlah tuntutan pengangguran terus meningkat disebabkan oleh pandemik coronavirus yang serius. Walau bagaimanapun, prestasi yang lemah seperti itu akan menyebabkan kejatuhan Dolar AS, dan dengan itu, mendorong kenaikan euro.

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila euro mencapai tahap 1.2110 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2161. Walau bagaimanapun, pertumbuhan hanya boleh berlaku sekiranya ECB tidak membuat perubahan besar dalam dasar kewangannya.Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan apabila euro mencapai tahap 1.2086 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.2036. Namun, lakukan ini hanya jika Christine Lagarde mengisyaratkan pengenalan kadar faedah negatif.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Semalam, pound meningkat susulan keyakinan bahawa Boris Johnson dan Ursula von der Leyen akan berjaya mencapai perjanjian. Namun, ternyata, harapan itu tidak menjadi kenyataan. Meskipun demikian, ujian harga pada tahap 1.3391 telah menyebabkan kenaikan yang agak besar lebih dari 70 pip, tetapi sehingga perjanjian ditandatangani, pergerakan kenaikan pound yang lebih besar hampir tidak dapat diharapkan.

Cadangan perdagangan untuk 10 Disember

Keputusan untuk meneruskan perundingan hingga akhir minggu ini telah menyebabkan turun naik pasaran, sekaligus menyebabkan pasangan mata wang GBP/USD tergantung dalam saluran mendatar. Walaupun pertemuan antara Johnson dan Leyen tidak berjaya, pasaran tidak begitu gusar dan kebanyakan pedagang masih bertaruh pada pengukuhan pound. Sekiranya masalah mengenai penangkapan ikan diselesaikan, mata wang akan mendapat lebih banyak sokongan dari pemain utama, yang akan menyebabkan gelombang pertumbuhan baru pada pasangan mata wang GBP/USD.

Sementara itu, hari ini, laporan mengenai KDNK UK dan pengeluaran perindustrian akan diterbitkan, data yang mungkin memberikan tekanan kepada pound Britain, terutama jika laporan tersebut merekodkan bacaan yang lebih buruk berbanding ramalan.

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila sebut harga mencapai tahap 1.3385 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.3544 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Berita baik mengenai Brexit, serta data yang positif mengenai KDNK UK, cenderung untuk menyokong pertumbuhan mata wang pound Britain.
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan apabila sebut harga mencapai tahap 1.3345 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.3227. Berita buruk mengenai Brexit akan meneruskan trend penurunan harga pada pasangan mata wang GBP/USD.