Strategi Harian GBP/USD

adar spot sedang menguji rintangan pertengahan saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.5550 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membolehkan pasangan mata wang tersebut mencapai had atas saluran pada tahap 1.5680.

Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah stabil menunjukkan volatiliti lebih kerap.

Kadar spot sedang menguji rintangan pertengahan saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis penurunan di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.5550 dengan objektif 1 pada tahap 1.5490 dan kemudian di tahap 1.5470. Penembusan di tahap 1.5570 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan di mana kami menasihati pedagang agar "buy stop" yang bermaksud beli kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan pada 1.5550 dengan objektif 1 pada tahap 1.5610 dan kemudian ditahap 1.5630. Penembusan pada tahap 1.5530 akan membatalkan senario ini.