EUR/USD: Arah aliran bagi pasangan mata wang EUR/USD adalah masih pada penurunan harga, sebagaimana EMA 11 berada di bawah EMA 56, dan Julat Peratusan William berada tidak jauh dari wilayah oversold (meskipun ia kelihatan seperti akan menuju ke arah atas). Dagangan jual adalah disyorkan bagi pasangan mata wang ini. Harga berpotensi untuk mencapai garisan sokongan pada tahap 1.3300.
USD/CHF: Kecenderungan kenaikkan harga masih sah bagi pasangan mata wang ini (dan ia dijangkakan akan berterusan). EMA 11 kini berada adalah di atas EMA 56, dan Julat Peratusan William dilihat hampir bergerak ke wilayah overbought. Ia bukanlah sesuatu yang sukar bagi harga untuk mencapai tahap rintangan pada 0.9300.
GBP/USD: Ya, hanya dagangan jual yang harus diperhatikan bagi pasaran mata wang ini, sebagaimana cable kini tidak mempunyai sebarang stamina. EMA 11 berada di bawah EMA 56, dan tempoh RSI 14 pula di bawah tahap 50. Cable berpotensi untuk menembusi wilayah pengumpulan di tahap 1.5400.
USD/JPY: Kecenderungan kenaikkan harga kelihatan bagi dagangan tempoh jangka panjang, dan oleh kerana itu strategi beli-semasa-penarikan semula harga harus digunakan. Harga kini berada di atas EMA 56 manakala tempoh RSI 14 pula berada di atas tahap 50. Pasaran berpotensi untuk menembusi tahap harga pada 94.00 untuk pergerakkan arah atas, dan menuju ke arah tahap bekalan pada 94.50
EUR/JPY: Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa kita perlu menunggu untuk isyarat yang lebih jelas sebelum membuka sebarang kedudukan baru bagi pasangan mata wang ini. Sebagaimana kini, pembangunan pasaran pada hari Isnin memihak kepada kenaikkan harga (keseluruhan arah aliran). Isyarat beli kini adalah sah.