EurJpy: Kekal pada Kedudukan Beli. Sokongan Serta Merta Berada pada Tahap 123.00.

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

Merujuk pada struktur, tiada sebarang perubahan yang berlaku sejak sesi dagangan terakhir 3. Harga telah menembusi garisan sokongan awal, sepertimana yang ditunjukkan di sini, dan ia telah melantun secara mendadak dari garisan yang menyokong di sekitar rantau 123.20/30 pada hari Jumaat yang lalu. Sokongan serta-merta perlu diletakkan di seekitar tahap 123.00, dan diikuti oleh tahap yang lebih rendah pada 121.00, dan 117.00. Sila ambil perhatian bahawa gambaran carta 4H telah dinyatakan di sini, dan kerana itu garisan arah aliran sokongan berada lebih hampir berbanding gambaran carta harian. Rintangan harus melepasi sekurang-kurangnya pada tahap 129.00-130.00. Oleh itu, ia adalah dicadangkan untuk kekal pada kedudukan beli yang telah diambil pada minggu lalu dengan mensasarkan tahap tinggi baru.

Cadangan Dagangan:

Kekal pada kedudukan beli yang telah ditembusi pada minggu lalu. Dengan kedudukan Stop loss berada pada tahap 123.00, dan sasaran di tahap 129.00.

Semoga Berjaya!