Pasangan mata wang GBP/USD telah menembusi garisan arah aliran menaik jangka panjang dan bergerak menghampiri disekitar tahap 1.6000 sekaligus mengesahkan corak 'Giant Double Top' mensasarkan pada tahap 1.5330 yang baru sahaja ditembusi.
Seperti yang telah dinyatakan pada minggu lalu bahawa zon harga di sekitar tahap 1.5550-1.5490 harus diperhatikan untuk tindakan harga. Walau bagaimanapun, kecenderungan penurunan harga adalah begitu jelas yang mana pasangan mata wang tersebut berpotensi untuk menembusi ke arah bawah sekaligus mencecah tahap 1.5290 dengan segera.
Terdahulu pada tahap rendah 25 Julai (1.5450) dan tahap rendah 12 Julai (1.5390) juga telah ditembusi oleh pasangan mata wang ini, dan ia telah membuka jalan ke arah tahap sokongan utama yang terletak pada tahap 1.5267 ( Tahap rendah 1 Jun).
Berdasarkan pada ayuanan penurunan harga beli yang telah berlaku beberapa hari lalu tanpa penarikan semula harga yang ketara, zon Harga yang berada di sekitar tahap 1.5250-1.5280 kini dianggap sebagai kedudukan BELI yang sah dengan SL sebagai penutupan harian di bawahnya.
Tahap rintangan pertama yang dinayatakan terletak pada tahap 1.5450, 1.5550, dan 1.5570.