<p style="text-align:justify;Arial" ,"sans-serif";"="">Kadar spot sedang menguji sokongan pertengahan saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 123.50 mencadangkan lantunan semula. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskan potensi yang besar sekaligus mencapai had saluran yang lebih rendah pada tahap 121.60.
Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat membeli dan selagi tahap sokongan masih belum ditembusi andaian lantunan semula adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah stabil menunjukkan volatiliti lebih kerap.
Kadar spot sedang menguji sokongan pertengahan saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis lantunan semula di mana kami mencadangkan beli pada tahap 123.50 dengan objektif 1 pada 124.10 dan kemudian pada 124.30. Penembusan pada tahap 123.30 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap sokongan di mana kami menasihati para pedagang agar "sell stop" yang bermaksud jual kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap sokongan pada 123.50 dengan objektif 1 pada tahap 122.90 dan kemudian pada tahap 122.70. Penembusan di tahap 123.70 akan membatalkan senario ini.