Strategi Harian Bagi EUR/USD

Kadar spot sedang menguji rintangan pertengahan saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.3230 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membolehkan pasangan mata wang untuk mencapai had atas saluran pada tahap 1.3390.

Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi, andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band telah berkurangan berikutan oleh penurunan harga yang kukuh pada hari ini. Harga dijangkakan akan stabil dalam tempoh yang singkat.

Kadar spot sedang menguji rintangan pertengahan saluran, oleh itu kami mencadangkan 2 senario: yang pertama adalah hipotesis penurunan, di maka kami mencadangkan jual pada tahap 1.3230 dengan objektif 1 pada tahap 1.3170 dan kemudian pada tahap 1.3150. Penembusan pada tahap 1.3250 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan, di mana kami mencadangkan para pedagang agar "BUy Stop", yang bermaksud beli kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan pada tahap 1.3230 dengan objektif 1 pada tahap 1.3290 dan kemudian pada tahap 1.3310. Penembusan pada tahap 1.3210 akan membatalkan senario ini.