Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
Seperti yang dapat kita lihat pada carta harian, logam kuning kekal disokong di sekitar tahap 1550.00. Harga telah melantun semula dan menghasilkan lilin Dogi/hammer pada hari semalam. Ia boleh diambil kira bahawa, sekurang-kurangnya pada dagangan jangka pendek, kenaikan harga harus berlanjutan ke arah tahap 1640/50, sekiranya ia tidak bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Sokongan Pertengahan berada disekitar tahap 1550.00, dan diikuti oleh tahap 1530/25; rintangan pertengahan pula berada pada tahap 1620/30, diikuti oleh 1680/90 pada tahap yang lebih tinggi. Adalah disyorkan untuk para pedagang agar mengambil kedudukan beli semasa urusniaga harga rendah pada hari ini (1565.00-1570.00)
Cadangan Dagangan:
Beli diantara tahap 1560/70 sekali lagi, kekal mengukuh pada kedudukan beli yang telah diambil semalam. dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 1530/20, dengan sasaran terbuka.
Semoga Berjaya!