Perak Menghasilkan Isyarat Dagangan Tweezer Bottom pada Carta Harian. Dicadangkan untuk Kekal pada Kedudukan Beli.

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

Seperti yang dapat kita lihat pada carta harian di sini, logam telah menghasilkan isyarat dagangan Tweezer Bottom sebaik sahaja menuju ke arah tahap Sokongan Fibonacci pada 0.786. Tambahan pula, kawasan ini telah dikuatkuasakan semula oleh rintangan lalu yang telah berubah menjadi tahap sokongan di sekitar rantau 28.30/40. Berdasarkan pada kenyataan di atas, para pedagang amat disyorkan untuk kekal pada kedudukan beli yang telah diambil pada hari Jumaat lalu di sekitar rantau 28.50/60. Sokongan serta-merta kini berada disekitar tahap 28.00 dan diikuti oleh 27.50 dan 27.00; manakala tahap rintangan pula bermula dari rantau 30.00 dan diikuti oleh tahap yang lebih tinggi iaitu pada 32.50. Perhatikan tahap yang lebih tinggi dari tahap ini.

Cadangan Dagangan:

Kekal pada kedudukan beli yang telah dicadangkan pada hari Jumaat lalu, (28.50/60), dengan meletakkan kedudukan Stop Loss pada tahap 27.00, dan Sasaran Terbuka.

Semoga Berjaya!