Strategi Harian Bagi GBP/USD

Kadar spot sedang menguji rintangan pertengahan saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.5240 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membolehkan pasangan mata wang untuk mencapai had atas saluran pada tahap 1.5480.

Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat membeli, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi, andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band telah berkurangan berikutan hasil daripada penurunan harga yang kukuh pada hari ini. Harga dijangkakan akan stabil dalam tempoh yang singkat.

Kadar spot sedang menguji rintangan pertengahan saluran, oleh kerana itu kami mencadangkan 2 senario: yang pertama adalah hipotesis penurunan, di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.5240 dengan objektif 1 pada tahap 1.5180 dan kemudian pada tahap 1.5160. Penembsuan pada tahap 1.5260 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan, di mana kami mencadangkan para pedagang agar "buy stop", yang bermaksud beli kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan pada 1.5240 dengan objektif 1 pada tahap 1.5300 dan kemudian pada tahap 1.5320. Penembusan pada tahap 1.5220 akan membatalkan senario ini.