Kadar spot ketika ini sedang menguji rintangan pertengahan bagi saluran penurunan sederhana pada 1.3100 mencadangkan penurunan.Walaubagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membenarkan ianya untuk mencecah had atas salurannya pada 1.3250.
Penanda teknikal tidak menyediakan isyarat yang jelas dan sehingga tahap rintangan tidak ditembusi,andaian penurunan adalah yang paling mungkin.Bollinger band telah diketat kuat dalam beberapa hari menunjukkan penurunan dalam turun naik dan kesegeraan pergerakkan yang ganas.
Kadar spot sekarang sedang menguji rintangan pertengahan saluran,kami mencadangkan 2 senario:yang pertama adalah hipotesis untuk penurunan dimana kami mencadangkan untuk jual pada tahap 1.3100 dengan objektif 1 pada 1.3040 dan kemudian pada 1.3020.Penembusan pada 1.3120 akan membatalkan senario ini.Senario yang kedua adalah penembusan rintangan dimana kami mencadangkan "buy stop" bermakna membeli kadar spot sejurus selepas ia menembusi tahap rintangan pada 1.3100 dengan objektif 1 pada 1.3160 dan kemudian pada 1.3180.Penembusan 1.3080 akan membatalkan senario ini.