Strategi Harian Bagi EUR/JPY

Kadar spot sedang menghampiri had lebih rendah pada saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 118.90 mencadangkan lantunan semula. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskan potensi yang besar dan memulakan saluran penurunan harga yang lebih pantas.

Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat menjual, tetapi selagi tahap sokongan masih belum ditembusi, andaian lantunan semula adalah yang paling mungkin. Bollinger band telah berkurangan berikutan hasil daripada penurunan harga yang kukuh pada hari ini. Harga dijangkakan akan stabil dalam tempoh masa yang singkat.

Kadar spot sedang menguji had saluran yang lebih rendah, oleh itu kami mencadangkan 2 senario: yang pertama adalah hipotesis lantunan semula, di mana kami mencadangkan beli pada tahap 118.90 dengan objektif 1 pada tahap 119.50 dan kemudian pada tahap 119.70. Penembusan pada tahap 118.70 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap sokongan, di mana kami mencadangkan para pedagang agar 'sell stop', yang bermaksud jual kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap sokongan pada tahap 118.90 dengan objektif 1 pada tahap 118.30 dan kemudian pada tahap 118.10. Penembusan pada tahap 119.10 akan membatalkan senario ini.