Strategi Hari Ini pada GBP/USD

Kadar spot ketika ini sedang menguji rintangan pertengahan bagi saluran kenaikkan sederhana pada 1.5180 mencadangkan penurunan.Walaubagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membolehkannya untuk mencecah had atas saluran pada 1.5420.

Penanda teknikal tidak menyediakan isyarat yang jelas dan sehingga tahap rintangan tidak ditembusi,andaian penurunan adalah yang paling mungkin.Bollinger band telah diketat kuat dalam beberapa hari ini menunjukkan penurunan dalam turun naik dan kesegeraan pergerakkan yang ganas.

Kadar spot sekarang sedang menguji rintangan pertengahan saluran,kami mencadangkan 2 senario:yang pertama adalah hipotesis untuk penurunan dimana kami mencadangkan untuk jual pada tahap 1.5180 dengan objektif 1 pada 1.5120 dan kemudian pada 1.5100.Penembusan pada 1.5200 akan membatalkan senario ini.Senario yang kedua adalah penembusan rintangan dimana kami mencadangkan "buy stop" bermakna membeli kadar spot sejurus selepas ia menembusi tahap rintangan pada 1.5180 dengan objektif 1 pada 1.5240 dan kemudian pada 1.5260.Penembusan 1.5160 akan membatalkan senario ini.