Tahap Teknikal Bagi Perak dan Cadangan Dagangan untuk 05 Mac, 2013

Gambaran Keseluruhan

Carta 4H pada hari ini menunjukkan bahawa perak cuba untuk menembusi tahap rintangan pada 29.00 dan ia kini masih lagi berdagang di bawah tahap tersebut. Memandangkan bahawa komiditi perak ini telah melantun daripada tahap rintangan dan berjaya menembusi Sokongan pada tahap 28.45 dan menutup di bawah 4H, maka ia akan menghasilkan peluang yang baik untuk kedudukan jual di bawah tahap Sokongan. Selepas itu, kita perlu menunggu sehingga harga menembusi tahap Sokongan ini bagi meneruskan pergerakkan arah bawah dan kita juga akan menerima kekuatan penurunan harga, yang mana ia akan menunjukkan isyarat menjual baru sekaligus membolehkan tahap Sokongan pada 28.00 bertindak sebagai tahap sasaran. Sebaliknya, jika perak membalikkan pergerakkan menurun dan memulakan pergerakkan ke arah atas selepas ia gagal untuk menembusi tahap Sokongan pada 28.45, maka ia akan menjadi satu petunjuk yang kuat untuk pergerakkan kenaikkan harga selepas ahrga menutup di atas 4H pada tahap Sokongan dan membolehkan Rintangan berada pada tahap 29.00. Dalam kes ini, kita perlu menunggu untuk menembusi tahap rintangan bagi meneruskna gambaran kenaikkan harga. Berdasarkan pada carta 4H yang diberikan, petunjuk teknikal menunjukkan isyarat menjual, tetapi selagi tahap Sokongan pada 28.45 masih lagi belum ditembusi, pergerakkan menaik masih dijangkakan akan membatalkan prospek penurunan harga. Oleh kerana itu, kita perlu menunggu untuk pengesahan yang lebih lanjut sebelum membuat sebarang keputusan.

Tahap RIntangan dan Sokongan

R3 (30.20) R2 (29.65) R1 (29.00) S1 (28.45) S2 (28.00) S3 (27.50).

Cadangan Dagangan: Berdasarkan pada analisis yang terdahulu, kami mencadangkan jual sekiranya harga menutup di bawah 4H pada tahap Sokongan 28.45 dengan kedudukan TP pada tahap 28.05; Penutupan SL dibawah 4H pada tahap Rintangan adalah mungkin lebih sesuai.