EURUSD: Kecenderungan penurunan harga bagi pasangan mata wang ini masih sah - meskipun harga masih bergerak ke arah atas. Perhimpunan semasa ini tidak sepatutnya kekal lama (terdapat hanya satu peluang untuk kedudukan jual di dalam konteks arah aliran menurun). EMA 11 kini berada di bawah EMA 56. Garis sokongan pada tahap 1.3000 dijangkakan akan ditembusi tidak lama lagi untuk pergerakkan arah bawah.
USDCHF: Bagi pasangan mata wang ini pula, Julat Peratusan Williams masih menunjukkan tekanan membeli yang kuat, manakala EMA 11 kini berada di atas EMA 56. Arah aliran bagi pasaran mata wang ini masih kekal dalam mod kenaikkan harga, dan ia akan menjadi OK untuk kedudukan beli. Sasaran harga yang seterusnya boleh diletakkan pada tahap rintangan 0.9450.
GBPUSD: Harga bagi pasangan mata wang ini masih dianggap dalam mod penurunan harga, meskipun ia kini sedang bergerak menuju ke arah atas. Bagi pergerakkan arah atas, pasangan mata wang ini harus menembusi prospek penurunan harga jangka panjang dan perlu untuk melepasi EMA 56 untuk pergerakkan arah atas sekaligus membolehkan harga menutup di atas (tempoh RSI 14 yang kini sudah pun melebihi tahap 50). RSI 14 dalah berkemungkinan untuk bergerak sama ada ke bawah tahap 50 untuk isyarat 'jual' atau harga melintasi EMA 56 bagi pergerakkan arah atas untuk isyarat 'beli'.
USDJPY: Pasangan USDJPY kini berada dalam mod kenaikkan harga. Saya ingin mengingatkan bahawa isyarat menjual yang telah banyak dihasilkan untuk sepanjang tahun ini telah terbukti palsu. Ini kerana terdapat permintaan pada tahap 93.00, dan harga tidak diramalkan akan menembusi ke arah bawah, sebaliknya, dagangan beli baru adalah tidak disarankan.
EURJPY: Pasangan mata wang ini masih berdagang dalam mod penurunan harga, meskipun harga kini sedang mengukuh. Setakat minggu ini, harga telah bergerak di dalam julat yang sempit, iaitu di dalam senario penurunan harga. Pasaran berkemungkinan akan mengalami kenaikkan harga apabila harga memecah zon bekalan pada tahap 122.00 untuk pergerakkan arah atas atau pasaran akan mengalami penurunan harga apabila harga menembusi zon bekalan pada tahap 121.00 pergerakkan arah bawah.