EUR/USD: Prospek utama bagi pasaran mata wang ini adalah penurunan harga. Petunjuk pada carta masih menyokong beberapa kesinambungan penurunan harga, meskipun harga kini sedang melakukan beberapa percubaan untuk menembusi kenaikkan harga. Harga dijangkakan tidak akan bergerak di atas garisan rintangan pada tahap 1.3100, sekurang-kurangnya untuk prospek semasa kekal sah.
USD/CHF: Bagi pasaran mata wang USD/CHF pula, dagangan jual adalah tidak digalakkan, prospek utama adalah perlahan tetapi stabil. Petunjuk pada carta mengesahkan bahawa kecenderungan adalah seperti yang telah dinyatakan di atas, dan tahap sokongan pada 0.9400 telah bertindak sebagai tahap rintangan yang kuat untuk kecenderungan penurunan harga. Harga sepatutnya bergerak ke arah atas dari tahap tersebut; Sebaliknya, penembusan di bawah tahap sokongan 0.9400 akan menyebabkan prospek semasa tidak sah.
GBP/USD: Pasangan mata wang ini masih berpotensi untuk bergerak ke tahap jauh lebih rendah. Seperti yang telah diramalkan pada hari Selasa, harga tidak boleh menembusi EMA 56 untuk pergerakkan arah atas, yang mana ia bermaksud bahawa arah aliran penurunan harga masih kekal sah. Harga berpotensi untuk melepasi wilayah pengumpulan pada tahap 1.5100 untuk pergerakkan arah bawah, ia akan bergerak ke tahap yang lebih rendah dan menuju ke arah wilayah pengumpulan pada tahap 1.5050.
USD/JPY: Berdasarkan pada instrumen ini, keadaan harga bagi pasangan mata wang ini adalah dalam kenaikkan harga.EMA 56 kini berada di bawah tahap harga dan kedudukan tempoh RSI 14 pula di atas tahap 50 (sedikit di atas). Tahap permintaan pada tahap 92.00 akan terus menghentikan tekanan jualan. Harga akan menembusi tahap pasaran pada 93.50 untuk pergerakkan ke arah atas, bergerak ke hadapan.
EUR/JPY: Pasaran bagi mata wang ini menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang pergerakan yang ketara setakat ini, sama ada ia akan memihak kepada pembeli mahupun penjual. Harus terdapat penembusan pada julat semasa yang sempit sebelum harga sasaran yang seterusnya boleh ditentukan. Sama ada pasaran akan mengalami kenaikkan harga apabila harga memecah zon bekalan pada tahap 122.00 untuk pergerakkan arah atas atau pun pasaran akan mengalami penurunan harga apabila harga menembusi zon bekalan pada tahap 121.00 untuk pergerakkan arah bawah. Walau bagaimanapun, ia adalah mustahil untuk harga menerusakan pergerakkan ke arah bawah.