Gambaran Keseluruhan
Prosiding dari carta 4H pada hari ini, pasangan mata wang ini masih berdagang di bawah tahap rintangan 141.35 dan ia juga masih lagi gagal untuk menembusi tahap rintangan ini. Sekiranya pasangan mata wang ini telah berjaya menembusi tahap rintangan ini dan menutup di atas 4H, maka kita akan menerima peluang yang baik untuk kedudukan beli yang seterusnya di atas tahap rintangan sehingga ia mencapai tahap Rintangan pada 142.05 sebagai tahap sasaran. Kemudian kita perlu menunggu sehingga harga berjaya menembusi tahap rintangan bagi meneruskan pergerakkan arah atas sekaligus ia akan membuka jalan ke arah tahap rintangan 142.60. Sebaliknya, jika pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi tahap Rintangan 141.35 dan melantun dari tahap tersebut. Maka, ia adalah berpotensi untuk membalikkan pergerakkan arah atas dan seterusnya ia akan memulakan pergerakkan ke arah bawah, yang mana ia akan membolehkan tahap Sokongan diletakkan pada tahap 139.65 sekali lagi. Kemudian kita perlu menunggu untuk menembusi tahap Sokongan ini bagi membolehkan kita menerima isyarat penurunan harga yang baru. Sekiranya pasangan mata wang ini mampu untuk menembusi tahap Sokongan dan menutup di bawah 4H, maka kita akan menerima kekuatan penurunan harga yang menyediakan isyarat menjual baru sekaligus ia akan membolehkan tahap Sokongan pada 139.10 bertindak sebagai tahap sasaran. Berdasarkan pada carta 4H yang diberikan, petunjuk teknikal menunjukkan isyarat membeli, tetapi selagi tahap rintangan 141.35 masih belum ditembusi, pergerakkan ke arah bawah masih berpotensi untuk membatalkan prospek kenaikkan harga. Oleh kerana itu, kita perlu menunggu untuk pengesahan yang lebih lanjut sebelum membuat sebarang keputusan.
Tahap Rintangan dan Sokongan
R3 (142.60) R2 (142.05) R1 (141.35) S1 (139.65) S2 (139.10) S3 (138.30)
Cadangan Dagangan: Berdasarkan pada analisis yang terdahulu, kami mencadangkan beli sekiranya harga telah menembusi tahap Rintangan 141.35 dan berjaya menutup di atas 4H dengan kedudukan TP diletakkan pada tahap 142.00; Penutupan SL di bawah 4H pada Tahap Rintangan adalah mungkin lebih sesuai.