Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 20 September, 2021

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan penurunan mendadak pada Jumaat lepas, yang membuka peluang baik untuk para pedagang membuka pesanan menjual. Malangnya, garis MACD jauh dari sifar, oleh yang demikian, pelabur tidak mempunyai pilihan selain mengabaikan isyarat tersebut.

Hari ini, walaupun terdapat kebarangkalian bahawa pasangan mata wang GBP/USD ni akan jatuh kerana tidak banyak laporan statistik yang dijadualkan akan diterbitkan. Oleh itu, adalah lebih baik untuk berdagang mengikut arah aliran dan bertaruh pada penurunan harga.

Menjelang sebelah petang, pasaran diniagakan tenang kerana ketiadaan statistik AS akan memaksa pedagang untuk mengambil langkah tunggu dan lihat. Data mengenai pasaran perumahan akan diterbitkan, tetapi ia tidak mungkin mempengaruhi dolar AS dengan ketara, walaupun sebahagiannya dapat menyokongnya.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.3730 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3763 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Tetapi adalah tidak mungkin melihat pertumbuhan harga yang ketara pada hari ini kerana terdapat 'sell-off'semasa sesi dagangan Asia. Walau apa pun, sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik darinya.

Adalah mungkin juga untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.3701, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.3730 dan 1.3763.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.3701 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3661. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meneruskan aliran menurun yang telah bermula pada minggu lalu. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.

Pasangan mata wang ini juga boleh dijual pada tahap 11.3730, tetapi garis MACD semestinya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.3701 dan 1.3661.

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.