Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 5 November, 2021

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD mnyaksikan penurunan sebanyak 30 pip pada pagi Khamis ekoran tindakan kebanyakan pedagang yang membuka pesanan menjual setelah menerima isyarat kemasukan pesanan menjual yang bertepatan dengan garis MACD dan bergerak ke arah sifar. Kemudian, pada sebelah petang, satu lagi penurunan harga telah berlaku, menjadikan pergerakan menurun berjumlah lebih daripada 100 pip.

Pound cenderung untuk melanjutkan penurunan pada pagi ini kerana ahli Bank of England, seperti Silvana Tenreyro dan David Ramsden, akan berucap mengenai rancangan lanjut dasar monetari. Kemudian, momentum menurun diramalkan akan meningkat jika AS melaporkan data pasaran buruh yang kukuh disebelah petang.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.3516 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3566 (garis hijau lebih tebal pada carta). Pertumbuhan harga akan diperhatikan jika Bank of England membayangkan potensi perubahan dalam dasar monetarinya.

Sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.3487, tetapi garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.3516 dan 1.3566.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.3487 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3592. Penurunan harga diramalkan akan berterusan jika Bank of England berkeras untuk mematuhi dasar monetari yang lembut. Data kukuh mengenai pasaran buruh AS juga akan menolak pasangan mata wang GBP/USD ke tahap lebih rendah.

Sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Pasangan mata wang ini juga boleh dijual pada tahap 1.3516, namun garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.3487 dan 1.3435.

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.