EMAS: Analisis untuk 10 Januari, 2014

Huraian:

Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran menaik, sama seperti yang telah kita jangkakan, harga dilihat telah menguji di tahap 1,237.37 pada jumlah purata. Harga telah berjaya ditolak daripada zon SR kami, iaitu di tahap 1,219.00. Kami juga mendapati bahawa terdapat permintaan yang kukuh dalam pasaran masuk pada tahap harga 1,223.00, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa kedudukan menjual di tahap ini kelihatan berisiko. Saya meletakkan tahap Fibonacci untuk mencari tahap tinggi yang berpotensi dan saya mendapati bahawa FE 61.8% berada pada tahap harga 1,256.00 dan FR 38.2% pada tahap harga 1,279.00-1,295.00. Walau bagaimanapun, tahap tinggi pertama yang berpotensi adalah di kawasan ayunan tinggi harga sebelumnya (1,247.00). Sekiranya harga berjaya menembusi tahap 1,216.00, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat ujian harga pada FR 61.8% di tahap harga 1,207.50. Para pedagang juga diingatkan bahawa emas kini sedang didagangkan di dalam aliran menurun dan ia kini sedang berada di dalam fasa pembetulan kenaikkan harga. Pesanan menjual emas pada tahap ini kelihatan amat berisiko sebagaimana emas kini berada di dalam pembangunan fasa pembetulan kenaikkan harga.

Pangsi Harian Titik Fibonacci:

Tahap Rintangan:

R1: 1,230.23

R2: 1,232.00

R3: 1,234.87

Tahap Sokongan:

S1: 1,224.50

S2: 1,222.73

S3: 1,219.87

Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar berhati-hati semasa menjual emas dan cuba perhatikan fasa pembetulan kenaikkan harga.