Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 10 Januari, 2014

Pasangan mata wang USD/CAD telah berdagang dalam aliran kenaikkan harga yang kuat sejak 16 September yang lalu. Momentum kenaikkan harga semasa bermula apabila penolakan menaik yang jelas dinyatakan pada ujian harga di tahap 1.0250 ( seperti yang dinyatakan pada carta).

Penetapan harian di atas 1.0575 telah membolehkan pasangan mata wang ini untuk mencapai tahap 1.0660 dan seterusnya pada tahap 1.0700. Zon pengukuhan harga telah ditubuhkan diantara tahap 1.0575-1.0700 (had atas yang digunakan untuk penolakan penurunan harga secara berturut-turut) .

Perkara ini menunjukkan gambaran urusniaga harian yang negatif sehingga aliran kenaikkan harga berjaya menembusi pada tahap 1.0660 dan kemudiannya tahap 1.0700 pada hari Selasa dengan penutupan harian pada 1.0765.

Pengukuhan harga di atas 1.0700 telah mengumpulkan momentum kenaikkan harga yang kuat ke arah tahap 1.0825-1.0850 (pertemuan tahap rintangan yang bersamaan dengan had atas bagi kedua-dua saluran menaik telah dinyatakan).

Hari ini, kenaikkan harga bagi mata wang USD sedang menunggu laporan data fundamental yang dijangkakan akan menunjukkan kadar tahunan tertinggi sejak akhir kemelesetan. Sementara itu, pelabur CAD sedang menunggu untuk pengumuman data penting mengenai kadar pengangguran juga. Pengumuman data ini berkemungkinan akan memberikan kesan terhadap pergerakan pasangan mata wang USD/CAD pada hari ini.

Secara teknikalnya, zon harga pada tahap 1.0850-1.0900 yang akan diuji pada hari ini berkemungkinan akan menjadi kemasukan MENJUAL yang sah untuk pergerakan pembetulan harga mensasarkan ke tahap 1.0700 dan seetrusnya ke arah tahap 1.0660.

Para pedagang diingatkan bahawa penutupan HARIAN di atas tahap 1.0900 akan membatalkan senario penurunan harga ini untuk dagangan jangka masa pendek.