Analisis Teknikal EUR/USD untuk 16 Januari, 2014

Julat dan Volatiliti:

Pasangan mata wang EUR/USD telah menetapkan julat 139 pips pada minggu lalu dan jumlah ini seolah-olah tidak penting berbanding dengan nilai pasangan mata wang. Oleh itu, menurut pada peristiwa-peristiwa yang terdahulu, kami menjangkakan bahawa julat ini akan menjadi lebih luas pada minggu ini dan ia berkemungkinan akan bermula dari tahap harga 1.3582, dan ia akan berlanjutan sehingga ke tahap rintangan yang kuat pada 16 Januari 2014 pada tahap 1.3685. Selain itu, jumlah volatiliti telah dikira dan mendapati 189.27, oleh itu, pasaran menunjukkan volatiliti yang lebih tinggi pada hari ini, para pedagang juga diingatkan bahawa hubungan di antara volatiliti dan pergerakan pasaran adalah saling berkait antara satu sama lain: oleh yang demikian, katakanlah anda tidak menutup kedudukan anda selepas 1H: 30m, maka selepas setiap 15 minit Volatiliti akan menurun "Volatiliti - (Volatiliti 40/100)" jika anda menunggu lebih lama lagi, maka aliran berkemungkinan akan bergerak di dalam arah yang bertentangan dengan anda pada bila-bila masa. Kerana hanya selepas pusingan masa ini, volatiliti berpotensi untuk menurun bagi setiap 15 minit.

Cadangan Perdagangan:

Harga masih lagi terperangkap di antara tahap harga 1.3575 dan 1.3634. Di bawah tahap 1.3686 (100% daripada tahap Penarikan semula Fibonacci dan 'double top'), harga akan melanjutkan pergerakkan menurun ke arah tahap 1.3634 untuk menguji semula titik pangsi mingguan dan sasaran yang terletak di tahap 1.3580. Ambil pesanan membeli pada tahap 1.3583 (23.6% daripada tahap penarikan semula Fibonacci pada carta H1) dengan menetapkan sasaran yang pertama pada tahap 1.3640, maka harga berkemungkinan akan meneruskan pergerakkan ke arah tahap 1.3670. Walau bagaimanapun, anda perlu menetapkan kedudukan stop loss di bawah tahap sokongan mingguan pertama pada 1.3535.