Analisis Harian untuk 20 Januari, 2014

Carta Harian: Indeks USDX kini dilihat sedang mengukuh di atas purata pergerakkan 200 hari, oleh yang demikian, aliran kenaikkan harga USDX ini berkemungkinan besar akan dilanjutkan untuk tempoh beberapa minggu yang akan datang, tetapi para pedagang harus diingatkan bahawa Indeks USDX berkemungkinan akan menemui rintangan pada tahap harga semasa, sebagaimana Indeks USDX telah menubuhkan fraktal pada minggu lalu di tahap harga ini. Walau bagaimanapun, aliran menaik yang kuat dan ini masih tidak menunjukkan sebarang isyarat perubahan di dalam aliran harga. Sasaran tahap rintangan USDX yang seterusnya berkemungkinan pada tahap 81.50. Petunjuk MACD dilihat masih berada di dalam wilayah positif.

Carta 4H: Indeks USDX kini dilihat sedang membentuk corak kenaikkan harga di atas tahap sokongan 81.19. Sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi rintangan pada tahap 81.29, maka harga diramalkan akan meningkat ke tahap 81.48. Sementara itu, jika Indeks USDX ini berjaya menembusi sokongan pada tahap 81.19, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 80.99. Indeks USDX kekal berada di atas SMA 200 dan MACD kini dilihat berada di dalam wilayah positif.


Carta 1H: Titik kawalan yang paling hampir kini sedang dibentuk pada tahap harga 81.40, maka tahap ini diramalkan akan kekal kuat. Walau bagaimanapun, sekiranya Indeks USDX berjaya menembusi pada tahap 81.40, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap 81.58. Sebaliknya, jika USDX berjaya menembusi pada tahap sokongan 81.09, maka harga dijangkakan akan jatuh ke tahap 80.93, yang mana ia berpotensi untuk menjejaskan aliran kenaikkan harga semasa. Petunjuk MACD kini berada di dalam zon terlebih beli yang melampau dan memasuki wilayah negatif.

Cadangan Perdagangan: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi carta kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 81.40, take profit di tahap 81.58, dan stop loss di tahap 81.22.