Huraian Umum untuk 21/01/2014 08:40 CET
Tindakan pembetulan harga di dalam zon julat di antara tahap 1.0927-1.0983 dilihat masih lagi berterusan.
Tahap utama bagi pergerakkan penurunan harga adalah pada garisan aliran penembusan Emas, di bawah Tahap Pangsi mingguan dan ideal di bawah Sokongan Urusniaga harian pada tahap 1.0927.
Sebaliknya, garisan aliran menaik emas adalah merupakan tahap utama untuk pergerakkan menaik dan penembusan harga di atas rintangan urusniaga harian adalah merupakan pergerakkan kenaikkan harga dan ayunan tahap tinggi sebelum ini kini berada didalam pemerhatian.
Sila ambil perhatian bahawa jika harga menembusi arah atas sebelum penembusan aliran menurun, maka perkiraan ini akan dikaji semula.
Sokongan/Rintangan:
1.1037 - WR1
1.0999 = Ayunan Tahap Tinggi
1.0983 - Rintangan Urusniaga Harian
1.0940 - Pangsi Mingguan
1.0927 - Sokongan Urusniaga Harian
Cadangan Perdagangan:
Strategi penembusan harga julat biasa harus digunakan pada masa ini bagi membolehkan para pedagang membuka kedudukan:
- Sekiranya harga menembusi pada tahap 1.0983: maka, adalah disarankan kepada para pedgaang untuk membuka kedudukan membeli dengan menetapkan SL di bawah tahap 1.0964 dan TP pada tahap 1.1037
- Sekiranya harga menembusi pada tahap 1.0928: maka, adalah disarankan kepada para pedagang untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan SL di atas tahap 1.0999 dan TP pada tahap 1.0927