Huraian:
Pasangan mata wang USD/JPY dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan penurunan harga selepas harga mencecah pada tahap rendah lapan hari di tahap 102.97 pada hari Khamis. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh aliran mata wang yen dan dana pembiayaan perdagangan JPY - di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (Tolok ketakutan VIX meningkat sebanyak 7.24 % kepada 13.77, S&P pula jatuh 0.89 % pada hari semalam) di tengah-tengah kegawatan pasaran baru sebagai mata wang lira Turki, ruble Rusia, rand Afrika Selatan dan peso Argentina jatuh ke tahap terendah beberapa tahun berbanding mata wang dolar dan kebimbangan kelembapan ekonomi China selepas pengumuman laporan PMI pembuatan awal HSBC China yang melaporkan kejatuhan kepada 49.6 pada bulan ini berbanding 50.5 pada bulan Disember. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga dipengaruhi oleh sentimen dolar yang negatif ( Indeks spot dolar ICE terdahulu 80.45 berbanding 81.19 pada awal hari Khamis) pada penurunan dalam data PMI Pembuatan Flash AS Markit kepada 53.7 pada bulan Januari berbanding 55.0 pada bulan Disember, peningkatan yang lebih kecil daripada ramalan iaitu 1.0% bagi penjualan rumah sedia ada Amerika Syarikat kepada 4.87 juta pada bulan Disember ( berbanding 4.93 juta pada ramalan ), lebih rendah daripada ramalan yang mengunjurkan kenaikkan sebanyak 0.1% semasa Persidangan Lembaga AS mengenai petunjuk ekonomi utama indeks bagi bulan Disember (berbanding ramalan +0.2 %), penurunan di dalam Indeks Aktiviti Fed Negara Chicago yang mencatatkan +0.16 pada bulan Disember berbanding 0.69 pada bulan November ; kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah (hasil 10- tahun jatuh kepada 2.7589 , di bawah paras sebelum Rizab Persekutuan memaklumkan, pada bulan Disember, ia akan kembali pada skala program rangsangan pembelian bon; jualan pengeksport Jepun. Walau bagaimanapun sentimen mata wang dolar tenang dengan angka yang lebih kecil berbanding ramalan yang menjangkakan kenaikkan sebanyak 1000 di dalam tuntutan pengangguran AS menjadikan ia berjumlah keseluruhan sebanyak 326.000 pada minggu berakhir 18 Januari (berbanding ramalan 330,000 ); kenaikan dalam indeks komposit pembuatan Kansas City Fed kepada 5 pada bulan Januari berbanding penurunan sebanyak 3 pada bulan Disember, manakala indeks pekerjaan pula telah melonjak kepada 11 mata, tertinggi sejak Oktober 2011 -- dari 0 pada bulan Disember. Kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY juga telah diganggu oleh permintaan dari pengimport Jepun dan perlonggaran ultra dasar monetari Bank Jepun dan pelarasan kedudukan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD kini berada di dalam mod penurunan harga, stokastik kini telah bertukar kepada penurunan harga dan corak julat 'outside-day-range' penurunan harga telah selesai pada hari Khamis.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101.75; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 101.55. Titik pangsi kekal berada pada tahap 103.05. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 103.55 dan sasaran kedua pada tahap 103.8.
Tahap Rintangan:
103.55
103.8
104.1
Tahap Sokongan:
101.75
101.55
101.25