Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 27 Januari, 2014

Tahap Sokongan dan Rintangan Hari Ini:

R3: 141.17

R2: 140.78

R1: 140.50

Spot Semasa: 140.45

S1: 140.12

S2: 139.68

S3: 139.15

Rumusan Teknikal:

Aliran penurunan harga seperti yang telah diramalkan kini dilihat sedang membangun dengan baik. Bagi perdagangan jangka pendek, kami meramalkan bahawa rintangan yang terletak disekitar tahap 140.50 - 140.78 akan melindungi pergerakkan menaik bagi membolehkan harga menembusi di bawah tahap sokongan kecil yang terletak pada 140.40 dan apa yang lebih penting adalah penembusan harga di bawah tahap 139.68, sekaligus mengesahkan pergerakkan penurunan harga ke tahap yang lebih rendah iaitu ke arah tahap 135.39 di dalam gelombang biru iii. Penembusan harga di bawah garisan sokongan saluran asas pada 138.85 kini telah mengesahkan pecutan harga ke tahap yang lebih rendah.

Sekiranya gelombang biru ii melanjutkan pergerakkan ke arah tahap rintangan 141.17 dan sekali lagi pada tahap 141.46, tetapi kami masih lagi ragu-ragu bahawa kita berkemungkinan akan dapat melihat gelombang biru ii pada tahap tinggi, walau bagaimanapun gelombang kedua dibenarkan untuk membetulkan kesleuruhan gelombang pertama.

Cadangan Perdagangan:

Kekal menjual mata wang EUR daripada tahap 141.85 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap 141.80. Sekiranya anda masih lagi belum membuka kedudukan menjual EUR, maka adalah disyorkan kepada anda agar menjual EUR pada kawasan 140.50 - 140.78 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada 141.80.