Analisis Emas untuk 27 Januari, 2014

Harga emas terus melonjak tinggi ke arah tahap harga $ 1,277 ekoran daripada kelemahan yang baru tercetus di dalam pasaran dan ia kini sedang bergerak menuju ke arah pasaran saham Eropah dan Amerika Syarikat. Harga emas naik ke paras tertinggi yang lebih tinggi dan tahap rendah yang lebih tinggi dan pada masa yang sama garisan aliran penurunan condong yang menghubungkan tahap $ 1,433 dan $ 1,360 kini telah ditembusi. Sepertimana yang ditunjukkan pada carta di bawah, harga emas kini dilihat telah berjaya berdagang hanya di atas garisan aliran ini. Tidak lama lagi kita akan dapat memastikan sama ada ia adalah pembetulan kenaikkan harga yang lebih besar ataupun hanyalah penembusan harga palsu.


Sokongan bagi perdagangan jangka pendek didapati terletak pada tahap harga $ 1,255. Manakala tahap rintangan bagi perdagangan jangka pendek pula berada pada tahap harga $ 1,280. Tahap sokongan bagi perdagangan jangka pertengahan dilihat terletak pada $ 1,230 dan ia adalah penting bagi kedua-dua aliran; kenaikkan dan penurunan harga kerana ia akan menentukan arah aliran jangka pertengahan. Selagi Emas didagangkan dalam aliran menaik, maka pergerakkan kenaikkan harga akan selamat. Tetapi sekiranya tahap sokongan ini ditembusi, maka aliran menurun akan berbalik.

Ini adalah merupakan kawasan penting seperti yang dinyatakan oleh kawasan catatan biru pada carta harian di atas. Sekiranya arah aliran ini berterusan, maka kita akan dapat melihat Emas menembusi gerhana biru yang seterusnya berhampiran pada tahap harga $ 1,320. Jika harga meningkat ke tahap yang lebih tinggi dan corak rendah yang lebih tinggi berterusan, maka kita boleh mengharapkan bahawa akan dapat melihat satu pergerakkan kenaikkan harga di atas $ 1,300. Aliran harga bagi perdagangan jangka pendek adalah menaik selagi Emas didagangkan di atas tahap $ 1,255. Jika tahap harga $ 1,255 ini ditembusi, maka ia akan berubah kepada neutral. Sehingga itu kedudukan kenaikkan harga menjadi pilihan. Sasaran bagi perdagangan jangka panjang kami terletak pada tahap harga $ 1,140 kini berada di dalam situasi bahaya sebagaimana pembeli terus menyokong emas sebagai isyarat risk-off yang datang dari pasaran saham di seluruh dunia.