Analisis Teknikal USD/CHF untuk 27 Januari, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan penurunan harga selepas harga mencecah pada tahap rendah hampir satu bulan pada tahap 0.8901 hari Jumaat. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh aliran mata wang franc di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko dan permintaan bagi mata wang franc Switzerland semasa pasangan EUR/CHF melemah. Tetapi kerugian bagi pasangan mata wnag USD/CHF adalah akibat daripada penjualan franc sewaktu pasangan CHF/JPY melemah. Carta harian dilihat berkencenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah penurunan harga, purata pergerakkan lima hari kini jatuh di bawah MA 15 hari.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8925; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.89. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.899. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9015 dan sasaran kedua pada tahap 0.904.

Tahap Rintangan:

0.9015
0.904
0.908

Tahap Sokongan:
0.8925
0.89
0.888