Bagi mata wang dolar Amerika Syarikat, harga dilihat telah membuat 'double top' pada tahap 80.56 dan ia kini sedang didagangkan di bawah DEMA21 yang mana ini adalah merupakan faktor utama penurunan harga. Sehingga ia menembusinya, dolar AS tetap berdagang di dalam mod menurun. Setelah berjaya menembusi pada thap tinggi 2-bulan pada 81.39, indeks dolar mendadak susut hingga ke tahap 80.15. Dari sudut teknikal, pengayun kini dilihat mempunyai tanda-tanda kenaikkan harga untuk mengehadkan aliran penurunan harga dengan corak rendah yang lebih tinggi. Jika harga berada di atas tahap 80.56, rintangan serta merta yang selanjutnya akan terletak pada tahap 80.70. Ekoran daripada penurunan harga pada minggu sebelumnya, keputusan FOMC untuk mengurangkan lagi rangsangan ekonomi, disertai dengan bacaan KDNK bagi suku keempat yang lebih kukuh dan data ekonomi yang lain, ia berpotensi menetapkan Dolar AS untuk memulakan pergerakkan menaik berbanding mata wang utama yang lain.
Sokongan: 80.15, 80.0, 79.70.Rintangan: 80.56, 80.69, 81.27.