Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah berdagang di dalam zon harga lebar melanjutkan pergerakkan di antara tahap ahrga 1.5900 dan 1.6250 sehingga 27 November apabila penembusan kenaikkan harga berlaku.
Semenjak daripada itu, aliran kenaikkan harga telah melindungi tahap 1.6250 yang mana ia telah bertindak sebagai sokongan yang ketara. Seterusnya, satu lagi ujian semula kenaikkan harga telah berlangsung pada pertengahan bulan Disember yang mana ia telah menolak pasangan mata wang ini sekali lagi ke arah atas.
Berdasarkan pada penembusan kenaikkan harga ini, pasangan mata wnag GBP/USD dilihat mempunyai sasaran unjuran di sekitar tahap 1.6630.
Sepertimana yang kami cadangkan, pembalikan penurunan harga telah dinyatakan dengan jelas pada tahap harga 1.6660 ( 30 pips lebih tinggi). Pasangan mata wang itu telah jatuh kira-kira 150 pips beberapa jam kemudian.
Carta 4H menunjukkan bahawa tahap sokongan utama terletak pada tahap 1.6490 dan 1.6450. Kita dapat melihat penolakan kenaikkan harga yang jelas pada tahap 1.6490 hari Jumaat.
Momentum kenaikkan harga masih lagi ditunjukkan semasa pengukuhan harga pada hari ini sehingga beberapa jam yang lalu apabila penolakan penurunan harga telah dinyatakan pada ujian semula harga di tahap 1.6620.
Seperti yang dicadangkan Semalam, Keuntungan kemasukan BELI yang telah dibuka pada tahap 1.6470 sepatutnya diambil pada tahap harga 1.6575 dan seterusnya pada tahap 1.6620.
Penutupan harga 4H di atas 1.6600 berkemungkinan akan menunjukkan satu lagi peluang kenaikkan harga ke arah tahap 1.6666 dan seterusnya berkemungkinan ke tahap tinggi baru, iaitu di sekitar 1.7000.