Carta Harian: Semasa sesi dagangan hari semalam, pasangan mata wang ini dilihat tidak mempunyai pergerakan yang agak ketara, sebagaimana harga hanya berdagang di dalam julat yang rendah tanpa membentuk sebarang corak yang akan dapat mengesahkan perubahan di dalam aliran harga. Gambaran kenaikkan harga kami masih lagi sah bagi pasangan mata wang ini, sebagaimana fraktal yang terbentuk berhampiran pada tahap 1.6447 telah bertindak sebagai tahap sokongan dengan baik. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini dilihat mempunyai momentum kenaikkan harga di tahap harga semasa, maka ia dijangkakan akan meningkat hingga ke tahap 1.6663. Penunjuk MACD kini dilihat masih berada di dalam wilayah positif.
Carta 4H: Pasangan mata wang GBP/USD kekal berdagang di bawah tahap rintangan 1.6592. Pasangan mata wang kini sedang mencari sokongan pada garisan aliran kenaikkan harga berhampiran pada tahap harga 1.6560. Jika pasangan mata wang ini berjaya menembusi rintangan yang terletak pada tahap 1.6592, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat ke tahap 1.6644, pasangan mata wang GbP/USD ini berkemungkinan besara akn ekal berdagang di atas SMA 200. Petunjuk MACD kini sedang memasuki wilayah negatif.
Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD, kini sedang mengukuh di atas tahap 1.6578, walau bagaimanapun pasangan mata wang ini mempunyai rintangan di bawah tahap 1.6629 dan ia kini dilihat sedang cuba untuk mendapatkan sokongan pada titik kawalan berhampiran pada tahap harga 1.6564. harga bagi pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan jatuh ke tahap 1.6544. Walau bagaimanapun, jika pasangan ini berjaya menembusi pada tahap rintangan 1.6578, maka harga diramalkan akan meningkat hingga ke tahap 1.6629. Pasangan mata wang GBP/USD kini masih berada di atas SMA 200 SMA dan petunjuk MACD kekal negatif.
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan mebeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada cartalilin kenaikkan harga, dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.6578, take profit pada tahap 1.6629, dan stop loss di tahap 1.6526.