Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga sebagaimana pasaran kini dilihat sedang menanti keputusan kadar faedah FOMC AS. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh peningkatan sentimen pelabur dan permintaan dari pengimport Jepun. Tetapi keuntungan bagi pasangan mata wang EUR/JPY telah terjejas ekoran daripada penjualan pengeksport Jepun. Carta harian bercampur-campur sebagaimana MACD adalah penurunan harga, purata pergerakkan lima dan 15 hari kini kian menurun, Walau bagaimanapun stokastik kini telah beralih kepada aliran kenaikkan harga di wilayah terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 172.4 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 173.45. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 168.85, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 167.9. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 169.85.
Tahap Rintangan:
172.4
173
173.45
Tahap Sokongan:
168.85
167.9
167.45