#USDX Analisis Teknikal untuk 29 Januari 2014

Indeks dolar kelihatan seperti ianya terlalu lemah untuk membuat penembusan kenaikkan atas rintangan jangka masa pendek pada 80.70.Kedua-dua garisan aliran menurun yang condong dan MA menunjukkan rintangan yang kuat untuk indeks.Selagi indeks didagangkan bawah 80.70 kami merasakan ianya adalah kemungkinan untuk melihat penurunan ke arah 80.40 atau mungkin 80.10 jika sokongan 80.40 gagal.

Aliran penurunan jangka masa pendek adalah menurun dan kami menjangkakan indeks untuk didagangkan hari ini diantara 80.70 dan 80.40.Keputusan Fed malam ini akan membawa naik turun ke dalam pasaran dan kita boleh melihat indeks bergerak ke aah 80.10 atau mungkinan hingga ke 81 berbanding pada keputusan yang Fed ambil mengenai program QE dan potensi pemotongan.

Carta harian menunjukkan segitiga besar yang ditembusi ke arah atas.Walaubagaimanapun,indeks ditolak pada tahap harga 81.50 dan kembali semula untuk menguji penembusan segitiga dan menguji dua MA yang telah pun dilepasi.Gambaran kami mencadangkan posisi beli sebagai kami percaya bahawa ianya adalah lebih berkemungkinan untuk melihat pergerakkan menaik ke arah 82 kemudian penembusan penurunan ke arah 79.50.Stop loss untuk kenaikkan adalah 80.10 dan stop loss untuk penurunan adalah 81.35.