EUR/USD: Pasangan mata wang ini kekal sebagai pasaran yang lemah tanpa mengira kenaikkan harga yang sedang berlaku terhadap pasangan ini. Selagi harga kekal berdagang di bawah rintangan yang terletak pada tahap 1.3600, maka ia adalah selamat untuk beranggapan bahawa aliran penurunan harga kini berada di dalam kawalan. Garisan sokongan pada tahao 1.3500 telah ditembusi dan ia berkemungkinan akan ditembusi sekali lagi untuk aliran menurun, terutamanya apabila harga terus berdagang ke arah bawah.
USD/CHF: Pasangan mata wang ini kekal berdagang di dalam aliran kenaikkan harga tanpa mengira pembetulan penurunan harga yang telah bermula sejak awal minggu ini. Prospek kenaikkan harga ini masih lagi belum selesai, kecuali harga didagangkan di bawah tahap sokongan 0.8950. Selagi harga kekal berada di atas tahap sokongan 0.8950, maka ia adalah selamat untuk beranggapan bahawa aliran kenaikkan harga kini berada di dalam kawalan. Tahap rintangan 0.9050 telah ditembusi dan ia berkemungkinan akan ditembusi sekali lagi untuk aliran menaik, terutamanya apabila harga terus berdagang ke arah atas.
GBP/USD: Bagi mata wang Pound pula, kelemahan eksponen yang telah bermula sejak minggu lalu dan ia kini telah menjadi suatu perkara yang serius. Sehingga minggu ini, harga telah jatuh lebih daripada 160 pips, sementara itu harga berkemungkinan akan melanjutkan pergerakkan menuju ke arah wilayah pengumpulan pada tahap 1.6200.
USD/JPY: Dengan Corak pengesahan penurunan harga pada carta ini, pasangan mata wang USD/JPY telah bergerak ke arah selatan. Harga kini didagangkan di bawah paras bekalan di tahap 101.00. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa tahap bekalan akan dicabar oleh aliran kenaikkan harga, dan harga berpotensi untuk pergi lebih jauh sehingga mencecah tahap permintaan utama pada tahap 100.00.
EUR/JPY: Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, pasangan mata wang ini tela berdagang di dalam aliran penurunan harga sepanjang tahun baru dan sehingga minggu ini ia masih lagi tidak berubah. Berdasarkan pada kronologi data, ia menunjukkan isyarat membeli semasa pecutan aliran menurun. Pergerakkan kenaikkan harga akan menawarkan peluang membeli kepada para pedagang dan ia diramalkan akan berlaku tidak lama lagi.