Analisis Harian GBP/USD untuk 05 Februari, 2014

Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD telah mempunyai sokongan pada garisan aliran menaik dan ia kini dilihat sedang cuba untuk mengukuh di atas tahap 1.6326. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan membentuk corak penurunan harga untuk melanjutkan pergerakkan arah bawah, tetapi kita harus ingat bahawa sokongan yang terletak pada tahap 1.6326 adalah sangat kuat, oleh itu para pedagang dinasihatkan untuk berhati-hati apabila membuat pesanan menjual di atas tahap ini. Petunjuk MACD masih berada di dalam wilayah negatif.

Carta 4H: Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang membentuk corak rendah yang lebih tinggi di bawah tahap 1.6336, yang mana tahap ini adalah merupakan rintangan cukup kuat, sebagaimana pasangan telah membentuk fraktal pada tahap tersebut. sekiranya harga berjaya menembusi tahap sokongan pada 1.6247, maka harga dijangkakan akan jatuh ke tahap 1.6218. Sementara itu, kita harus menunggu sehingga penembusan harga berlaku pada tahap 1.6336, yang mana penembusan harga ini berpotensi untuk membawa pasangan mata wang bangkit semula ke tahap 1.6441. Petunjuk MACD kini berada di dalam zon terlebih jual yang melampau.

Carta 1H: Pasangan mata wang ini telah gagal untuk mengukuh di bawah tahap 1.6291 dan ia masih lagi kekal berdagang di bawah rintangan pada tahap 1.6331. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap tersebut, yang mana ia juga adlaah merupakan titik kawalan, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat hingga ke tahap 1.6375. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan kepada anda agar mengikuti arah aliran pasaran sebagaimana pasangan mata wang GBP/USD ini telah mempunyai rintangan kuat di dalam POC ini. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang dinasihatkan untuk membuka kedudukan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada cartalilin penurunan harga, dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.6291, take profit pada 1.6252, dan stop loss di tahap 1.6329.