Pasangan mata wang GBP/USD ini telah berjaya menembusi tahap sasaran unjuran di sekitar 1.6600 selepas lonjakan kenaikkan harga di atas tahap 1.6250. Tahap harga tersebut bertindak sebagai tahap rintangan harian bagi pasangan mata wang sehingga kini untuk pasangan.
Pergerakan kenaikkan harga yang terdahulu telah melebihi tahap 1.6600 sekaligus menjadikantahap 1.6666 sebagai tahap tertinggi harga pada bulan Januari. Walau bagaimanapun, cartalilin penyelubungan penurunan harga harian segera menyatakan pada tahap tinggi (1,6666).
Kelihatan terdapat beberapa pengukuhan mendatar harga ( Dua cartalilin harian Doji) di sekitar tahap 1.6600 sehingga tekanan penurunan harga yang jelas telah dikenakan pada pasangan mata wang, menyebabkan corak penurunan harga 'Three Black Crows', dan ia telah disahkan dengan penutupan harian pada hari Isnin.
Tahap permintaan yang seterusnya terletak pada tahap 1.6250 di mana bahagian bawah baru-baru ini telah ditubuhkan pada 17 Disember. Cartalilin hari semalam hampir mencecah pada tahap 1.6257 dan cartalilin harian yang terhasil adalah kenaikkan harga hammer di sekitar 1.6250.
Hari ini, terdapat satu lagi percubaan harga untuk menguji tahap 1.6250 yang mana ia sedang belaku pada masa ini. Penutupan harga harian hendaklah diperhatikan untuk tindakan harga.
Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, arah aliran dagangan jangka pendek bagi pasangan mata wang GBP/USD ini telah berubah kepada aliran penurunan harga selepas harga menembusi pada tahap 1.6450-1.6460.
Pengukuhan harga di bawah tahap 1.6450 telah menghasilkan tekanan penurunan harga ke arah tahap 1.6400, dan seterusnya ke tahap 1.6300, yang manai atelah pun ditembusi semasa pengukuhan harga lewat hari Isnin.
Carta 4H menunjukkan bahawa zon permintaan yang terletak di sekitar tahap 1.6250-1.6280 adalah bersamaan dengan bahagian belakang saluran penurunan harga yang digambarkan juga zon kesesakan sebelumnya.
Zon harga berkemungkinan akan memulakan pergerakan pembetulan kenaikkan harga ke arah yang lebih tinggi bagi membolehkan pasangan mengumpulkan lebih banyak penjual di sekitar tahap 1.6400-1.6450. Walau bagaimanapun, penetapan awal harga di bawah zon ini akan membawa momentum penurunan harga yang selanjutnya tanpa ujian semula harga pada tahap 1.6450.
Pesanan menjual bagi pasangan mata wang ini dicadangkan semasa ujian semula harga pada tahap 1.6450 dengan menetapkan kedudukan Stop Loss sebagai penutupan harian di atas tahap 1.6475.