Huraian:
Pasangan mata wang USD/CAD ini dilihat telah membentuk rintangan yang kuat pada tahap 1.1163; Sementara itu, tahap tersebut adalah bersamaan dengan nisbah 78.6 % tahap Penarikan Semula Fibonacci. Para pedagang juga perlu diingatkan bahawa sokongan kecil perlu ditetapkan pada tahap harga 1.1025 iaitu di sekitar 38.2 % tahap Penarikan semula Fibonacci pada carta 1H. Sepertimana yang telah digambarkan, harga bagi pasangan mata wang USD/CAD ini telah terperangkap di antara tahap harga 1.1030 dan 1.1150, oleh itu para pedagang harus diingatkan bahawa harga juga telah bergerak ke tahap yang lebih tinggi ke tahap 1.1170 dan ia kemudiannya telah menukar aliran ke arah bawah. Oleh yang demikian, julat dagangan akan berada kira-kira 130 pips pada minggu ini. Selain itu, RSI dan purata pergerakkan (100 ) masih lagi kelihatan memanggil aliran mendatar. Akibatnya, pasaran akan mula menunjukkan peluang kenaikan harga pada tahap 1.1025 dan 1.1033 ; dengan sasaran pertama terletak pada tahap 1.1110 dan seterusnya ke arha tahap 1.1163 bagi membolehkan rintangan ditetapkan pada tahap harga 1.1163 . Sebaliknya, jika harga menutup di bawah 1.1163. Maka, harga akan memanggil pasaran penurunan harga untuk bergerak ke tahap yang lebih rendah ke 'double bottom' pada tahap 1.1060 untuk menguji tahap tersebut sekali lagi.