Carta Harian: Pasangan mata wang ini dilihat telah melanjutkan pergerakkan untuk mendapatkan sokongan pada garisan aliran menaik berhampiran pada tahap sokongan 1.6235. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap sokongan tersebut, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 1.6146. Tambahan pula, pasangan mata wang GBP/USD kini sedang membentuk corak penurunan harga, yang berkemungkinan akan memihak kepada kecenderungan penurunan harga semasa. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi rintangan yang terletak pada tahap 1.6326, maka harga dijangkakan akan meningkat hingga ke tahap 1.6447. Petunjuk MACD kini dilihat berada di wilayah negatif.
Carta 4H: Kecenderungan penurunan harga kini kelihatan lebih jelas pada carta ini, sebagaimana pasangan mata wang GBP/USD masih kekal didagangkan di bawah SMA 200 dan tahap rintangan 1.6336. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap sokongan 1.6247, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap 1.6218, yang mana ia akan menjadi pengukuhan penurunan harga yang kuat. Petunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah positif.
Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD gagal untuk menembusi julat yang terletak di antara tahap 1.6331 dan 1.6252. Tahap ini adalah sangat kuat, sebagaimana titik kawalan berada di tengah-tengah tahap ini, oleh itu kawasan ini dianggap sebagai "volatiliti tinggi". Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi sokongan pada tahap 1.6252, maka harga dijangkakan akan jatuh ke tahap 1.6216. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.6291, take profit pada tahap 1.6252, dan stop loss di tahap 1.6329.