Carta Harian: Indeks USDX ini kelihatan telah jatuh di bawah SMA 200 dan ini boleh menjadi satu petanda yang jelas bahawa USDX kini sedang menghampir rintangan yang kuat pada tahap 81.35. Sekiranya Indeks USDX ini melanjutkan pergerakkan menurun, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap sokongan 80.62 dan jika USDX berjaya menembusi pada tahap sokongan tersebut, maka adalah dijangkakan bahawa harga akan jatuh ke tahap 80.11. Petunjuk MACD kini sedang memasuki wilayah neutral.
Carta 4H: Berdasarkan pada carta ini, Indeks USDX telah jatuh ke tahap sokongan 80.83, di mana tahap ini adalah bersamaan dengan purata pergerakkan 200 hari. Semasa sesi dagangan AS pada hari semalam, Indeks USDX mempunyai rintangan pada tahap 81.19. Sekiranay Indeks mengukuh di bawah tahap 80.83, maka harga dijangkakan akan jatuh ke tahap 80.48. Sebaliknya, jika USDX berjaya menembusi rintangan yang terletak pada tahap 80.99, maka harga diramalkan akan meningkat hingga ke tahap 81.19. Petunjuk MACD dilihat masih lagi berada di dalam wilayah negatif.
Carta 1H: Indeks USDX kini sedang membentuk corak penurunan harga (tahap rendah yang lebih tinggi) selepas mempunyai rintangan pada tahap 81.19, di mana tahap tersebut adalah bersamaan dengan tahap pembentukan fraktal. Walau bagaimanapun, Indeks USDX ini berkemungkinan besar akan membuat lantunan semula kenaikkan harga yang kuat pada tahap harga semasa, ini kerana pada masa ini USDX sedang berada sangat hampir dengan SMA 200. Jika USDX berjaya untuk menembusi rintangan yang terletak pada tahap 80.93, maka harga dijangkakan akan meningkat hingga ke tahap 81.09. Petunjuk MACD kini sedang berada di dalam zon yang sangat oversold dan sedang menuju ke arah wilayah neutral.
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 80.93, take profit di tahap 81.09, dan stop loss pada tahap 80.77.