Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 07 Februari, 2014

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Pasangan mata wang EUR/JPY akhirnya telah melantun sepertimana yang telah kita jangkakan, menghasilkan dagangan cartalilin 'morning star' seperti yang dapat anda lihat di sini. harga bagi pasangan mata wang EUR/JPY kini sedang diniagakan pada tahap 138.00, oleh itu adalah disyorkan kepada para pedagang agar kekal membeli pada masa sekarang. Risiko kekal berada pada tahap 136.00.

2. Sokongan pertengahan yang paling hampir bagi pasangan mata wang ini berada pada tahap 136.00, diikuti masing-masing oleh tahap 134.00, 131.00 dan 128.00, manakala rintangan pula terletak pada tahap 143.00, dan 145.50.

3. Struktur harga bagi pasangan mata wang ini menunjukkan bahawa harga perlu ditarik semula sekurang-kurangnya ke arah tahap 140.00 dari sini. Penembusan harga pada garisan aliran menurun akan menguji tahap harga 143.00 dan juga tahap 145.50.

Cadangan Perdagangan:

Kekal berada pada kedudukan membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop loss pada tahap 136.00, dan sasaran sekurang-kurangnya pada tahap 140.00.

Semoga Berjaya!