Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 7 Februari, 2014

Tahap Sokongan dan Rintangan Hari Ini:

R3: 139.55

R2: 139.15

R1: 138.89

Spot Semasa: 138.80

S1: 138.45

S2: 138.09

S3: 137.59

Rumusan Teknikal:

Kegagalan harga untuk menembusi tahap yang lebih rendah telah memaksa kami untuk melakukan pengiraan semula dagangan jangka pendek. Kami mendapati bahawa penurunan harga daripada tahap 145.69 adalah merupakan pembetulan harga, tetapi kami sedang mencari penurunan harga bagi gelombang lima sebagai gelombang A, ia masih satu kemungkinan, tetapi untuk perkiraan ini rintangan kekal sah pada tahap 139.15 untuk melindungi pergerakkan menaik bagi membolehkan harga menembusi di bawah tahap 138.45 dan apa yang lebih penting adalah penembusan harga di bawah tahap 137.54 yang akan mengesahkan perkiraan di atas untuk penurunan harga ke arah tahap 134.87. Walau bagaimanapun, sekiranya rintangan yang terletak pada tahap 139.15 ini ditembusi, maka perkiraan alternatif kami (rujuk carta di bawah) akan menjadi perkiraan utama. Perkiraan ini menunjukkan bahawa gelombang A sudah membangun yang mana ia akan menjadi pembetulan mendatar utama, tetapi untuk perkiraan lanjut ini sekiranya rintangan yang terletak pada tahap 139.15 ini ditembusi.

Cadangan Perdagangan:

Stop loss yang ditetapkan pada tahap 138.30 telah pun ditembusi dan memberikan keuntungan yang besar. Kami akan menjual semula mata wang EUR pada tahap 138.80 dengan stop loss di tahap 139.20.