Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY diramalkan akan mengukuh di dalam julat yang lebih rendah sebagaimana pasaran kini sedang menanti keputusan laporan mengenai gaji bukan perladangan AS yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini. Kadar harga bagi pasangan mata wang GPY/JPY ini telah didorong oleh selera risiko pelabur yang bertambah baik dan permintaan dari pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan GBP/JPY ini telah diganggu oleh penjualan pengeksport Jepun dan pelarasan kedudukan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah penurunan harga, walau bagaimanapun stokastik kini berada di dalam aliran menaik di zon terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 165; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 163.85. Titik pangsi kekal berada pada tahap 167.5. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 168.2 dan sasaran kedua pada tahap 169.7.
Tahap Rintangan:
168.2
169.7
170.45
Tahap Sokongan:
165
163.85
162.5