Analisis Harian Perak untuk 07 Februari, 2014

Berdasarkan pada carta 4H hari ini, kami mendapati bahawa pada hari semalam, perak telah gagal untuk menembusi tahap sokongan yang terletak pada 19.75 dan harga telah melantun lagi daripada tahap sokongan tersebut dan berdagang diantara tahap Sokongan dan tahap rintangan 20.00. Perak kini dilihat sedang menguji semula tahap rintangan 20.00 sekali lagi, oleh itu kita perlu menunggu sehingga harga menutup di atas tahap tersebut bagi membolehkan harga meneruskan pergerakkan menaik. Memandangkan perak telah berjaya menutup di atas 4H, maka ia telah memberikan kita peluang yang baik untuk isyarat kenaikkan harga yang selanjutnya dengan tahap sasaran yang pertama terletak beberapa pips di bawah tahap rintangan 20.20, dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 20.50 selepas harga menembusi pada tahap Sokongan ini. Walau bagaimanapun, selagi perak masih berdagang di bawah tahap 20.00, maka anda disarankan untuk menunggu yang mana ia akan membatalkan senario pergerakkan menaik.

Tahap Rintangan dan Sokongan: R3(20.50), R2 (20.20), R1 (20.00), S1 (19.75), S2 (19.20), S3 (19.00).