Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Tidak terdapat sebarang perubahan yang berlaku pada dagangan Perak sehingga kini. Harga berkemungkinan akan bergerak di dalam julat dagangan di antara tahap harga $ 19.00 dan $ 20.00 untuk seketika sebelum harga menembusi pada tahap yang lebih tinggi. Para pedagang disarankan untuk kekal berada pada kedudukan menjual buat masa sekarang, risiko kekal berada pada tahap $ 18.50.
2. Sokongan pertengahan perak terletak pada tahap $ 19.00, dan diikuti oleh tahap $ 18,75, manakala rintangan pula terletak pada tahap $ 20.50 (pertengahan), diikuti oleh tahap $ 21.00 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi lagi.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa perak berkemungkinan akan diniagakan di antara tahap $ 19.00/20.00 buat sementara waktu sebelum harga melonjak ke tahap yang lebih tinggi. Tahap harga $ 18.75/50 harus mengukuh dengan baik pada masa sekarang.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $18.50, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!