Analisis Teknikal USD/JPY untuk 10 Feburari, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY dijangkakan akan berdagang di dalam julat yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan ini telah disokong oleh dana pembiayaan dagangan yen di tengah-tengah sentimen risiko pelabur yang positif (Tolok ketakutan VIX susut 11.26% kepada 15.29; S&P naik 1.33% pada hari Jumaat) sebagaimana laporan mengenai gaji bukan perladagan AS untuk bulan Januari mencatatkan angka yang lebih rendah iaitu 113,000 berbanding ramalan yang mengunjurkan kenaikkan (189,000) sekaligus telah meningkat harapan pedagang bahawa BAnk Rizab akan memperlahankan usaha ransangan terhadap program penirusan walaupun kadar pengangguran bertambah baik sejajar dengan jangkaan 6.6% pada bulan Januari berbanding 6.7% pada bulan Disember. Kadar harga bagi pasangan USD/JPY ini juga disokong oleh permintaan dari pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah terjejas ekoran daripada penjualan pengeksportt Jepun, kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah, sentimen dolar yang melemah (Indeks dolar ICE terdahulu 80.74 berbanding 80.89 awal hari Jumaat) sebagaimana laporan gaji yang mengecewakan telah menyumbang kepada kebimbangan mengenai pemulihan ekonomi AS yang semakin meningkat, manakala Janet Yellen dijangkakan akan berucap mengenai dovish semasa testimoni kongres pertama pada hari Selasa.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD kini berada di dalam aliran penurunan harga, walau bagaimanapun stokastik kini kian meningkat daripada zon terlebih beli.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 102.65 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 102.9. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 101.55, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 101.2. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 102.05.

Tahap Rintangan:
102.65
102.9
103.25

Tahap Sokongan:
101.55
101.2
100.75