Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Perak masih lagi berdagang dengan baik di dalam julat dagangan seperti yang telah dinyatakan pada hari semalam iaitu di antara tahap $ 19.00 dan $ 20.00. Para pedagang harus diingatkan bahawa garisan rintangan pada saluran kini telah pun ditembusi dan penolakan harga di atas tahap $ 20.50 ini akan mempercepatkan pergerakkan kenaikkan harga yang seterusnya. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal berada pada kedudukan membeli yang telah diambil sebelum ini dan juga perhatikan peluang untuk menambah pesanan menjual semasa urusniaga harga rendah.
2. Sokongan pertengahan yang paling hampir bagi Perak terletak pada tahap $ 19.00, dan diikuti oleh tahap $ 18,75, manakala rintangan serta-merta pula terletak pada tahap $ 20.50 (ayuanan pertengahan), dan masing-masing diikuti oleh tahap $ 21.00 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa harga berkemungkinan akan bergerak ke tahap yang lebih tinggi daripada tahap $ 19.00 menuju ke arah perubahan arah aliran yang berpotensi. Sepertimana yang telah dibincangkan semalam, Perak berkemungkinan besar akan berdagang di antara tahap $ 19.00-$ 20.00, untuk sementara waktu sebelum penembusan harga berlaku.
Cadangan Perdagangan:
Kekal berada pada kedudukan membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $18.50, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!