Analisis Teknikal Minyak Mentah untuk 11 Februari, 2014

Minyak mentah kini sedang didagangkan di atas tahap $ 100.0. Perhatian para pedagang pada hari lebih tertumpu terhadap laporan pengerusi Fed mengenai dasar kewangan setengah tahun dan laporan inventori dari Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Rabu. Ini adalah merupakan pendorong utama untuk harga meneruskan pergerakan ke tahap yang lebih tinggi lagi. Pengeluaran minyak oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum mencatatkan jumlah yang lebih tinggi kepada 29870000 tong sehari. Pengeluaran Libya meningkat kepada 530,000 tong sehari pada bulan Januari. Penganalisis menegaskan bahawa kenaikan di dalam dagangan minyak mentah hadapan untuk aliran bercampur-campur di perdgaangan Asia adalah ekoran daripada data pekerjaan AS yang mengecewakan.

Faktor Teknikal - Berdasarkan pada carta 4H, harga dilihat telah menembusi garisan aliran menaik dan melanjutkan pergerakkan menaik menuju di atas tanda $ 100.0. RSI terletak pada tahap 66, berada begitu hampir dengan tahap terlebih beli. Walau bagaimanapun, pada carta setiap jam, RSI kini sedang membentuk satu perbezaan negatif yang menyebabkan penurunan harga sebelum ia memulakan pergerakkan menaik yang selanjutnya.

Sokongan Intra - $99.5, $99.0.

Rintangan - $100.5.